Salam ke atas semua
"inna a'amaalu bi niat" yang bermaksud sesungguhnya segala pekerjaan itu bersandarkan niat, Jadi setiap perkara yang kita lakukan di dunia ni mesti mempunyai niat. Mustahil sesuatu perkara itu terjadi tanpa niat. Dan semua itu juga atas ketentuan dari Tuhan yang maha agung lagi Bijaksana.
Kekalahan itu harus terjadi untuk mencapai kemenangan, dan kekalahan itu adalah masa untuk kita merenungkan kembali apa kekurangan yang ada pada diri sehingga ujian kekalahan ini menimpa ke atas kita.
Kita tak berkuasa atas sesuatu dan sesuatu yang terjadi ada hikmah dan pembelajaran. Kita meyakini bahawa kita berjuang untung menaikkan nama islam di negara ini dan ingin melihat islam dapat di kembang kan di negara ini, tapi kenapa Tuhan yang maha esa tidak memberi kemenangan kepada kita, Adakah kita telah muhasabah diri kita sejenak dan berfikir kenapa? mengapa? dan bagaimana?.
Adakah perjuangan kita selama ini betul. adakah perjuangan yang selama ini dilakukan ikhlas benar kerana Allah, atau kita sekadar untuk mendapatkan apa yang kita inginkan. nikmat dunia yang sementara atau hanya mengikut ideologi mereka dan tunduk.
Dalam situasi ini kita mesti berbalik bagaimana cara dan kaedah Baginda Rasulullah mentadbir dunia islam semasa hayat beliau. Adakah mesti menjadi pemimpin dahulu baru berdakwah dan melaksanakan tuntutan agama. Rasulullah adalah contoh terbaik untuk diikuti, adakah kita mencontohi beliau??
Jadi perbaharuilah niat kita agar segala apa yang kita lakukan di dunia ini tidak menjadi sia2. Janganla kita bergaduh sesama agama untuk kepentingan sebelah pihak.

Comments
Post a Comment